jalan-jalan

All posts in the jalan-jalan category

BAJET UNTUK KE DISNEYLAND HONG KONG

Published June 13, 2015 by aznitaz

ok, aku summarize total bajet kat Disneyland untuk kami 5 beranak.

  • untuk entrance fees = 2 Adults + 3 kids HKD 1860 (RM 826.85) (Adult= HKD450/pax, Child=HKD 320/pax)
  • untuk photo claim = HKD 460 (RM204.40) – optional yer. ni kalo korang nak claim lah photo2 yang staff disneyland amik.
  • untuk makan kat tahitian terrace = HKD 317 (RM 140.80)

Set Chic Rice Combo HKD90

Set Chic and Fish Combo HKD96

Set Chic Leg Rice Combo HKD 94

Air  HKD22

Ice Cream HKD 15

  • Souvenirs = HKD 682 (RM303.18) – optional yer.

GRAND TOTAL = RM 1475.23

kalo tolak yg optional, bajet minima = RM 967.65

so diharap info ini dapat membantu korang untuk buat bajet bercuti ke Disneyland Hong Kong nanti 🙂

Note: Harga terkini mungkin berbeza sedikit dari info di atas memandangkan aku pergi bercuti ni tahun lepas yer. harap maklum 😀

P1100691

 

MACAU-HK TRIP MARCH 2014 – DAY 2

Published June 13, 2015 by aznitaz

Ok,  firstly minta maaflah kalo ada yg jengah blog ni nak tau pasal citer Day 2 tapi x muncul2. Agak biasa masalah camni bila kita buat blog hopping nak cari info pasal pengalaman bercuti kan? iolls pon sama pernah menghadapi problem mcm ni so agak kecewa gak sbb rs reference tak complete. Untuk buat korang tak kecewa dgn gigihnya iolls cuba abiskan entry berdenyut ni yer 😀 so uolls, please stay tuned!

Untuk Day 2, kami decided untuk masuk ke Disneyland again 🙂 kenapa kami pergi lagi sebab nak puaskan hati anak2 bawak diorang berjalan. Kalo asik ikut plan org dewasa je sure stress diorang tu kan? lagipon last time kami pergi tak abis khatam pon lagi semua park yang ada dalam Disneyland tu. cewahh…ke main nak justify kan? nampak tak sape yg lagi excited nak masuk sebenarnya? hehehe..

so awal2 pagi kami dah bertolak dari hotel dengan menaiki MTR. untuk menaiki MTR sangat mudah dan senang uolls, tak pelu risau. korang tgok kat website nih: http://www.mtr.com.hk/en/customer/services/system_map.html . korang tgok MTR station terdekat dari hotel yang korang duduk dan plan your trip accordingly sbb dia ada byk line. kena tukar2 line ala lrt star ngan putra baru lah sampai ke disneyland ni.  satu lagi cara mudah plan your trip pakai google map.. lagi senang sbb iolss mmg pakai google map tp dgn syarat ada wifi atau amik simcard kat sana. Kami sampai ngam2 time theme park nak bukak dan untuk pengetahuan uolls operation hours adalah dari pukul 10.00 AM to 9.00 PM. rasanya operation hours untuk weekday and weekend ada beza kot, sorry dah lupa maklumlah tahun lepas punya citer 😀

Entrance Fee as at March 2014:

Adult HKD 450 untuk 1Day entry

Child HKD 320 untuk 1Day entry

kalau untuk harga tiket yang terkini, uolls boleh check kat website diorang: https://www.hongkongdisneyland.com/tickets/

misi utama bila sampai.. kita makan dulu sbb dalam Disneyland HK ada restoran halal so isilah perut siap2 sblm menapak dan berjimba kat dalam tu. fyi, ada 2 restoran halal kat dalam ni iaitu Tahitian Terrace dalam Adventureland dan kat Explorer’s Club Restaurant kat Mystic Point. makanan dia sedaplah boleh makan cuma taste ada rasa lain sikit. No choice kan sbb adat berjalan kat negara bukan majority org Islam kita kena terima seadanya.

kat dalam tu macam biasa ada banyak park untuk uolls terokai so sila rujuk website diorang for more details k. frankly speaking 1 day mmg tak cukup utk cover semua tempat. so weolls fokus dekat park yang kami x sempat explore dulu iaitu Toy Story Land, Mystic Point and Fantasy Land. Ada gak benda yang kami repeat macam show Mickey’s PhilharMagic (3D) and The Golden Mickey. 3D tu mmg highly recommended! Tips dia korang main puas2 ride outdoor yg ada dan agak2 bila dah penat masuk tgok show2 indoor untuk rehatkan diri uollss. Jgn buang masa untuk amik gambar ngan character unless kalo line nak beratur tu tak panjang sgt. ms first visit dulu kitorang amik masa dekat sejam lebih utk bergambar dgn semua characters. tu yang x sempat explore semua park. Tapi overall tempat ni mmg best and korang boleh sama2 enjoy dengan budak2 bila pergi sana. serius, iolls tak tipu 😀

pizap.com14149432592191

Gambar ni masa naik MTR dan masa mula2 sampai ke Disneyland. Nampak panas tapi tak bahang pon sebenarnya. Nyaman2 panas gitu.

pizap.com14149436618731

nampak hepi tak budak2 tu uolls? ohh i miss disneyland so muchh. eh tetiba?hehehe

pizap.com14149439427791

ini gambar kat entrance dengan main street. kat main street ni ada kedai souvenirs, cafe, bakery.

pizap.com14341161836631

kat grizzly gulch ada roller coaster. try tau to test your adrenalin rush 😛

kat toy story ada gak ride mencabar, roller coaster bentuk U. tp weolls tak naik pon. nmpk mcm ngeri jer plus beratur sgt pnjg time tu.

mystic point mcm ala2 umah berhantu. so kalo anak jenis penakut jgn bawak masuk yer. nescaya melalak lah anak uolls kat dalam tu..pizap.com14341166276891

Disney’s parade.. wajib tengok. jgn lupa tgok schedule so boleh book tempat depan sekali. tengok smbil makan jagung rebus..memang layan 🙂

pizap.com14341168614871

okeh, ni kat it’s a small world dalam Fantasyland. Lepas naik ride kat situ, si kamelia n haziq nak gi kat Autopia kat Tomorrowland. kat sini diorang boleh bawak keta electric sendiri dan drive kat highway in tomorrowland. ada had tinggi nak masuk ride ni so uolls kena refer lah kat sign board sblm masuk. lepas tu kitorang tggu kul 8 pm plak utk fireworks show sebagai acara penutup taman tema ni.

OK.. iolls harap uolls teruja lah bila tgok gambar2 ni then boleh plan nak pergi ke sini utk your next vacation.  sebagai penutup, sila lihat gambar2 fireworks kat bawah 😛

P1100868

P1100871

hehehe sorry mutu gambar tak berapa power sbb guna camera cabukk jerr 😦 xde nafsu lagi nak berjinak2 dgn camera mahal.

orait, that’s all guys.. xoxo 🙂

Note: Normally, semua akan berpusu2 masuk kat kedai souvenirs after fireworks show ended. So mmg akan havoc lah time nak bayor nanti. Pandai2 lah korang bajet time bila nak shopping nanti yer.

JAKARTA TRIP-OCT 2013 DAY 4 FINALE

Published May 23, 2014 by aznitaz

ok aku nak smbung part finale trip ke jakarta ni..mmg agak berdenyut aku nak abiskan n3 psal pi jakarta. silap2 kalo ada yg follow day 1 pnya citer..korang dah smpai pon kat jakarta tapi N3 aku x abis2 😀 since it was our last day in Jakarta, segala bentuk xtvt adalah sgt sntai. more towards just nak kill the time..free n easy. plan asal weols nak jln2 kat mall sebelah aprtment jer. bygkan 4 hari duk sana, 1 kali pon x penah jejak. lepas pi makan bekfas, parents aku n my sis nak pi spa pulak..dtg ke Indonesia x pi spa mmg rugila  uollss. mula2 aku malas nak ikut  tapi last2 terjebak jugak 😛 biasalah aku mudah terpengaruh..

kalo korang x de study spa mana nak pegi, pak supir biasanya akan bwk ke spa yg agak high end. diorang ni igt sumer tourist kayo2 kot. tu la jd kat kami..supir bwk ke Martha Tilaar Spa..amek ko..mula2 cuak gak sbb masing2 duit tggl ciput..tp dgn confident nak byr pkai credit card. dlm hati tmpat xclusive takkan x leh swipe kan 😀 tempat ni mmg one stop centre la..smua ada under one roof..sgt spacious saloon n spa dia. kat sini smua private room..no sharing2..so xdelah incident korang nmpk bontot org sebelah 😀 satu bilik with satu bath tub.

2013-10-06 11.23.28

2013-10-06 11.23.39

2013-10-06 11.23.43

 

pic quality not so good..mmg x good pon. cahaya suram2..

2013-10-06 11.43.22

itu gambar pengasas spa ni rasanya 🙂

jenis rawatan yang kami buat:

1. urutan aromatherapi 1hour = Rp 310 k

2. derma brigh facial = Rp 780k

3. hair spa creambath = Rp 285k

agak mahal la kiranya kalo compare di Jakarta..sbb kalo hair spa creambath tu aku penah nmpk harga dia dlam Rp 60k..byk beza tuh 🙂 oh yang kelakar..time nak bayar mesin offline grrr cuak tak?? cuak giler..duit cash mmg x cukup hehehe nasib baik masih ada duit RM so supir tolong gi tukarkan kt money changer.bahaya2..nex time kena tnya betul2 dulu before decide nak buat rwtn 😛

lepas dh abis xtvt memanjakan diri masing2..bergegas balik ke hotel untk packing2 dan check out. kami snggah makan jap then lepak2 kat plaza Indonesia. actually ada masa nk pi shopping kat tmpat baru nama Tamrin sebelah je dgn plaza Indonesia. kat sini jual busana muslimah murah2 katanya. tapi semua mcm x berminat dah nak berjalan2 shopping..aku tnya hubby pon dia mls nak layan..terbantut la hasrat aku nak shopping..sedih 😦

P1100158

nasi padang lagi 😛 mabeless2 tip top..nora bagi 5 bintang !!!!

dah abis mkn2, lepak2 minum kopi..kami bergegas ke airport..flight kami balik ke KL pukul 7 pm tp kena gerak awal sbb jakarta ni jem dia thp gaban. then ada airport tx yer uollss..so pls spare some money utk bayor tax nanti. harga tax Rp 150k per pax.

so begitulah citernya trip kami ke Jakarta kali ni n harap benificial la to some of u yg nak ke sana nanti. it’s all about makan2, shopping2 n having quality time with my family. hope we can do it gain in future. tak sangka Jakarta ni mmg sesuai nak bwk satu family..  till then, adios folks!

P1100159

P1100160

JAKARTA TRIP – OCT 2013 DAY 3

Published May 4, 2014 by aznitaz

salam 1 Malaysia 😛 wah intro yg agak patriotik di situ kekeke. wokeh, untuk hari ketiga, kami cuma plan nak shopping2 jer sbb besoknya dah nak balik ke KL. destinasi pertama, kami ke Mangga 2 dan tempat ni terletak x jauh dari Ancol yg kami pergi sehari sblmnya. jauh jugakla dari town dan time kami pergi tu pulak mmg tgh heavy jam..kat sini ada jual baju budak2, dewasa, kain sembahyang, cd, mainan mcm2 lah. harga mmg murah2 tp mcm biasa lah kena tawar menawar kaw2 punya. aku mmg x reti nak tawar2 nih sib baik en asben ada. tapi kan uolls, ms kitorang pegi ni time tu aircond rosak..giler sadis shopping dlm keadaan berpeluh2.. org pulak mmg ramai giler, kedai jenis sempit2 lak tu..mmg ahkak terbantut mood nak shopping. tmbahan lak tmpat mcm tu x sesuwai bwk budak2 n sorong stroller. mmg totally ilang mood 🙂 dsbbkan mood ahkak dah ke laut..gambar pon x amik kat sini.. yg sempat aku rembat (xde mood tp sempat) legging kamelia 3-4 helai, panties 😛 hahaha ni pon nak citer? mmg best panties diorang..mana nak dpt rm10 3 helai, lagi aku beli apa ekk? ooo beg budak2..beg nak letak susu n pampers zakwan..gambar minion..dpt dlm rm 15. kecik jer untk bwk gi jalan2 gi shopping ke gi makan ker oklah..then aku beli cd twilight dpt rm 3 sekeping..tu je lah kot. in short ttg Mangga 2, kalo korang nak pegi, jgn bwk budak2 kecik espc yg naik stroller..tak sesuwaii. jgn bwk budakla senang cakap kalo x mmg susah nak control diorang. masa aku pegi ni, ada sorang mak ni dia ilang anak dia..kecik lagi..meraung2 dia cari anak. phobia jap aku tgok sbb kalo korang tgk tmpat ni mcm susah lah nak jumpa balik anak ko 😦

after shopping kat mangga 2, weolls pegi makan..kali ni makan kat restoran ala2 ayam penyet kalo kat malaysia. restoran dia cantik tp pekerja dia mcm haremm..ketat jer muka. makanan dia okla.. nora bagi 3 bintang! eh tetiba kan?? nama restoran lupa nak amik..sgt x membantu uolls kan? tp takpe..normally kalo korang amik khidmat supir..diorang dh arrange dah mkn kat mana siap2. korang cuma ckp je nak makan apa..diorang akan suggestkan. senang kan? btw, kalo di jakarta  x susah sgt pasal makan..balik2 ko jumpa ayam penyet, nasi padang tu jer lah..tp sedap dan murah bangett kalo compare ngan kat KL 😛

P1100093

P1100094

kat entrance kedai, macam biasa ada org jual2, so kat luar ni diorang jual baju I luv jakarta..harga org besar or budak kecik sama jer..kualiti pon agak bagus. aku dapt Rp 100,000 utk 6 helai. maknanya RM 5 sehelai ko..ni bukan kaler putih yer..ni ada a few colors ko boleh pilih. pastu ada lak org jual mainan lampu kelip2 tu yg byk jual kat i-city..pon aku abis Rp100,000 hahaha takpe mama ita belanja semua anak2 yg ada.. kat sini kan masing2 hormat cara masing2 cari rezeki..bila kita beli brg dia..dia lak offer suh beli brg kawan dia.  jual kat depan kedai org..sikit pon tokei kedai x marah 😛 kagum2..sbb x nmpk mcm dengki khianat ke apa.

ok lepas dah kenyang..kami terus kePasar Baru tempat borong kain2 ela termasuk kain lace. mmg murah bangat..mula2 en. asben mcm x berminat tp last2 dia pon sama2 naik sawan membeli 😀 supir kitorang bawak kedai kain kawan dia biasalah sbb nak dpt tips. nama kedai kain ni Milanzo Textiles & Tailor. hasil rembatan untuk hari tsbt..nnt aku tunjuk hasilnya time raya yer :P..ni aku bgtau kos sahaja..

kain nak wat baju melayu satin tu harga dia dlam Rp 25,000/meter = RM 7

kain yg jarang ada manik2 tu corak bunga2 Rp 100,000/meter =RM 30 (ni mahal sikit compare ngan tanah abang 😦  )

kain cotton Rp 30,000 / meter = RM8.50

kain chiffon Rp 15,000 / meter = RM4 eh aku x sure la jenis kain..tp kain dia lembut n jarang

so total aku spent kat kedai nih Rp 1,015,000 =Rm 287.50.

apa aku dapat? kain baju kurung dapat 5 psg utk dewasa, budak dpt sepsg.

baju melayu dapat 1 psg dewasa, 2 psg budak kecik

then tokey kedai bagi hadiah free 2 meter suh pilih kain2 cotton yg ada..dapatlah spsg extra utk kamelia..hepi2 dah setel shopping utk baju pagi raya. dulu harga kat atas tu aku cuma dapat sepsg sorang baju utk raya time shopping kat gulatis..lebih lagi kot dari rege kat atas tuh. mmg puas hati tapi aku rasa kalo shopping kat tanah abg (kat jakarta jugak) harga lagi murah..pilihan banyak sangat smpai kelabu mata nak pilih..

pastu sambung shopping kat kedai sebelah, nama kedai Probitas Textile. kali ni aku beli kain nak buat blouse. 3 helai rasanya aku beli n harganya Rp 285,600 = RM 80. kedai ni mahal sikit sbb agak high end gaklah sbb tokey cina then design2 kat kedai ni cantik2 dan moden sikit. sori la no pic kain2 yang aku beli sbb aku ni jenis x suka nak tnjuk barang apa aku beli..malas nak amik pic sebenarnya 😛 alasan khennnn.

P1100100

ni kt kedaiProbitas Textile..masing2 dah penat 😀

P1100097kedai sama 🙂

okeh dah abis shopping2..lapor la balik kan? ayuh lah kita jjcm n kali ni kami pergi makan kat Magnum Cafe. aku lupa lah magnum cafe kat mana..one of grand shopping mall kat jakarta. aku rasa area2 Plaza Indonesia tu jugak. giler ko..beratur org nak makan..

P1100112

P1100118

P1100146

nak jugekk 😛

P11001342013-10-05 20.52.19

2013-10-05 20.53.032013-10-05 21.40.01

harga oklah x mahal sgt..mcm harga kat cafe2 lain yg grand mcm magnum cafe ni. ada western food n local dish gak tp x byk la sbb main dia kan ice cream. korang  jgn lupa dtg sini tau..sbb kt malaysia belum ada lagi kan?  rasanya belum..

P1100148

@ grand plaza..okeh magnum cafe kat sini ler yer anak2 😀

P1100149

P1100121

till we meet again 😀 nite2x

-the end-

JAKARTA TRIP-OCT 2013 DAY 2

Published April 29, 2014 by aznitaz

Untuk hari kedua, plan kitorang nak spend masa kat ANCOL sahaja di belah siangnya. kat sini sebenarnya ada a few attractions ala2 theme park kat gold coast ker or disneyland, tapi ANCOL adalah versi Indonesia. please dun expect too much ya folks! but not too bad sbb kat sini ada seaworld, kabel car, fantasi world dll yang korang boleh baca kat website http://www.ancol.com . bila kita berjalan2 dgn anak2 sure kita nak cari xtvt utk diorang gak kan? takdelah mak bapak jer yg syok sendiri then anak2 semua bosan ye dak? 😛 so in jakarta..this is the best place you can come to enjoy with ur children,i bet u x kan rugi if bwk ur kids ke sini. but again jgn korang budjet tmpat ni high end la yer.. kalo gugel kt blog2 ada yang ckp pantai ancol ni kotor n tak menarik. well, weolls x pergi kat area pantai x plan pon nak pi. so takyah lah uolls pi gatai nak jln2 kat pantai tp kalo nak prove kan seeing is believing..dipersilakan yer tuan2 dan puan2, no harm trying 🙂 yang kami masuk cuma fantasy world aka dunia fantasi aka DUFAN. mula2 aku x paham gak benda apalah DUFAN ni kan..dah lama tu baru aku dpt tangkap maksud DUFAN tu sebenarnya short form utk dunia fantasi..sengal!!! aku lah sengal sbnrnya 😛
ok, untuk masuk ke taman tema ancol ada 2 kali bayaran yang uolls kena bayar if nak masuk ke DUFAN mcm kitorang. first bayar utk masuk area tmn ancol shj dgn caj parking. kalo naik kereta,caj rp 20,000, naik moto Rp 15,000. untuk penumpang n driver, cajnya Rp17,500 /pax. pastu bila kitorang nak masuk DUFAN, ada lagi byrn yg akan dikenakan iaitu Rp 150,000 lebih kurang RM50 sorang. terus terang sebenarnya 1 hari pon x leh cover satu ANCOL nih..even satu DUFAN pon x abis..dalam DUFAN ada roller coaster, ada ride2 yang biasa kita jumpa kat theme park yang lain so uolls boleh imagine sndiri. budak2 punya ride pon ada byk..seronok la cuma utk mkn minum tu susah sikit bagi kita yang muslim..sbb xde tanda halal so x berani nak beli..agak kelaparan jugak lah duk kt dlm tuh. dari segi merchandise kat dalam DUFAN ni x berapa nak cantik sgt compare ngan kat theme park yang lain..ada yg ok mcm mug2 dan anak patung tapi ada certain tu mcm dh lama x de org beli.  kalo nak shopping keychain n fridge magnet, korang bleh dapat dlm harga Rp 10,000 ke Rp 12,000. OK..intro dh pnjg lebar so jom kita layan a few gambar kat sini utk korang nilai sndiri tempat ni mcm mana 😛

P1100012

 sebelum masuk..tgok kat kaunter x ramai orang pon..xde nak berebut-rebut bagai

P1100013

 budak yg suka tido bila bwk gi jln 😀 nasib baik tido awang kenit nih. tenang sikit kitorang nak berjimba..

P1100015

eh dah bangun?? aku ngan anak2 wekk 😛

P1100020

me with my mama aka cik emy 🙂

P1100024

eeiii akuttt..gedik tak mak n anak?

P1100025

muka baru bgn tido terus naik merry go round

2013-10-04 11.58.42

en amar n doter..like father like doter tak? mmg tak kan? kekeke

P1100032

2013-10-04 12.27.08

2013-10-04 12.42.27

cousin..

P1100036

P1100042

naik benda ni mmg kelakar..bukan main seksa lagi bdn aku yg comel ni nak masuk dlm bot ni. smpai rasa nak cramp.bila keluar jer aku bantai merangkak je keluar..belasah lah. mesti staf jaga tu nak thn gelak je tgok aku mcm tu. ride ni mmg budak2 suka smpai kena teman diorang naik smpai 2 kali ke3 kali mcm tuh.

P1100045yang ni yang laki je join..aku mmg x berani nak main..ganas sgt tgok org duk langgar2 nih.

P1100057posing jer 😛 x berani nak naik. ni namanya halilintar kot

P1100060karakter DUFAN..actually pakaian karakter ni pon dah berkerak..sib baik x nmpk dlm gambar 😀

P1100067nmpk sweet couple kat blkg tuh? kemain kan..

P1100080

couple of the year buwekkk 🙂 ni bergambar masa dah nak balik. time ni dah panas n very the lapar. terus suruh supir pi bwk tempat makan. weolls makan kat restoran nasi padang lagi tp kali ni kitorang makan kat restoran sederhana kalo x silap. mcm biasa nasi padang mmg mabelesss.. no picture was taken 😛

pastu pak supir bawak kat tempat jual kain batik..tapi aku x beli pon..sbb mahal. pak supir bwk tempat high class sgt. nganga jer lah ahkak..ye lah rege blouse sahaja dah rp1 juta +++ pa citaaa kan??

next..hubby request nak pi HRC sbb dia mmg collect T-shirt HRC n nk beli sekali utk member2 dia yg kirim. HRC ni terletak di Pacific Place, Jalan Sudirman,Jakarta Selatan. dulu kat area Plaza Indonesia now dh move ke sini.

2013-10-04 19.14.51nampak tak ahkak punya paper bags? meriah uollss 😛

pastu weoll jalan2 kat mall sebelah cuci2 mata sat…then balik apartment rehat, mkn pop mie jer mlm tu  then terus tido. penat i tell u seharian berjalan..tp yg penting kita semua enjoy! yeah!! t i smbung utk DAY 3 lakss tgok la besok atau lusa 🙂

OK till then..xoxo! nite 2 ..

JAKARTA TRIP – OCT 2013 DAY 1

Published April 5, 2014 by aznitaz

Tetiba rasa gatal nak update entry pasal jalan2 ke Jakarta last year. urmmm what? last year? hahaha x kisahla dik non..tujuan aku tulis dlm blog ni pon sekadar nak kongsi cerita to those yang ada plan nak bercuti-cuti ke Jakarta n also as kenang-kenangan utk aku bila tua2 nanti 😛 I hope this is benificial to some of u here yg tetiba smpai kat blog aku bila duk gugel pasal Jakarta.

ok, sambung balik citer weolls pergi Jakarta tadi..actually plan ni agak last minit dan weolls pegi dgn family belah aku kecuali adik yg duk kt kelantan je yg x join. kitorang pegi bulan Oct 2013 dengan pesawat MAS dan kos untuk aku anak beranak 5 pax ialah RM 1,321.00. Murah kan? x silap that time MAS mmg ada promo so kebetulan pulak kitorang nak pegi mmg langkah kanan la.

P1090992

nenek amy, tok wi, sepupu sepapat & anak2 wekk 😀

P1090994

This was my second time to Jakarta and the first time i went there in 2012 because of work. so masa first time dulu takde prepare apa2 sbb pegi nak wat kerja. tapi sempatlah i shopping tapi rushing sgt that time. tak sangka lak ada peluang nak pegi lagi so sure ramai nak tau apa yang best kat Jakarta kan? honestly yang ada dlm kepala otak aku cuma shopping, shoping & shopping. satu lagi for ladies, jgn lepaskan peluang utk wat segala mcm jenis spa..head to toe..complete! utk rambut aku rasa murah kat almost smua tempat n utk urut2 kena pndai cari tempat..jgn mls gugel yer..tapi kalo nak ikut hok aku pegi pon x per..aku rasa reasonable lagi harganya. tggu part entry aku pi spa nanti yer. kalo shopping lak ada byk tmpat2 shopping kain n baju murah2. antaranya Tanah Abang, Mangga 2 dan pasar baharu.

cuti kali ni di taja oleh my beloved brother abg faizal..weolls kena bayar tiket kapal terbang jer n tips utk pak supir bila nak balik nanti. kami satu family menginap di Somerset Grand Cittra Jakarta. ambil 2 apartment dah cukup utk kami semua. apartment ni besar, byk bilik tapi yang lengkap ngan katil cuma 2 bilik sahaja. biasalah apartment akan lengkap ngan dapur n mesin basuh sekali. apartment ni juga ada wifii n not bad juga service wifii kat sini. sebelah apartment ada mall, walking distance tapi kami x sempat nak pi jalan. harga satu malam aku tak pasti tapi kalo tgok kat booking.com,start from rm 585. cantik tempat ni tp jgn expect nmpk mewah bagai sbb aku rs tempat ni dah wujud lama.

P1090996

ni gambar kat lobi. me n my mama. mcm kakak n adik jer 😛

P1090997

tukang sponsor 🙂

P1100001

me n my sis in law 😀

ok..after check in, kitorang releks2 jap. pastu destinasi seterusnya nak cari tempat mkn.aim kitorang harus la nasi padang.

P1100003

kitorang makan kat Sari Ratu @ Plaza Indonesia. Plaza Indonesia ni mall high end mcm pavi, KLCC…bukan tmpat aku la nak shopping2 kat sini.nak masuk butik2 mahal ni pon takut. kalo korang suka brg2 branded, designer handbags, shoes etc bolehla la lyn. harga x murah mana, depends tgok certain barang mungkin ada special offer.

sambil tnggu yang lain cuci mata..i offer kan diri jaga budak2 sambil minum kopi 😀

P1100005

abaikan muka ahkak tu..ni mesti en.amar snap curi2. lama gak duduk dlm ni rasanya. mama siap shopping kat guardian smpai abis Rp 1 juta kalo x silap.  ada la tuh dia jumpa benda dia suka.aku shpping gak..beli sikat 😛 boleh lak tertinggal sikat.

destinasi seterusnya ialah tempat makan seafood. ok aku paham..korang pasti tertanya-tanya (cewah perasan ada org nak tnya)..MAKAN LAGI? hehehe aku pon x paham.mmg family kami suka jalan2 cari makan. so kali ni weolss nak makan seafood. walaweii layan tau mkn seafood kat jakarta nih..

P1100007

pilih2 jgn tak pilih

P1100008

k. sue, me n mama

P1100009

nama tempat mkn ni..Pondok Sedap Malam. makanan dia sedap dan harganya pon kira murah la.  disbbkan mknn disponsor so x pasti harga berapa. rasanya dalam 1 juta lebih tp yg mkn ramai termasuk pak2 supir 3 org. kat luar kedai ni ada org jual buah2 so boleh beli dan dia potongkan utk makan terus kat restoran ni. kitorang beli buah salak dan mangga. sedap betul buah salak kat jakarta ni. cuba try kalo tak percaya 😛

maka berakhir la sudah xtvt kami untuk hari pertama. x byk pon benda buat cuma weolls mkn2 tak henggatt 😛 hahaha family zawawee x dpt dipisahkan dgn makanan.. sbb tu kami ‘chomel2’ belake. kalo uollss dtg kat sini, jgn lupa cuba mkn seafood di Pondok Sedap Malam.

sekian..nnt kita smbung dgn Day 2 puloks..till then bye2 xoxo 😀

cuti-cuti hong kong 2013 – day 2

Published August 16, 2013 by aznitaz

xtvt hari ke-2 nak jalan2 area sogo lepas check out dari hotel sblm we all pi check in hotel disneyland.  bekfast lebih kurang kat hotel pagi tu wat alas perut then kemas2 utk check out. we all tinggalkan beg2 kat hotel dulu sbb takkan nak angkut semua time jalan2 kan? from hotel nak ke sogo dalam 15-20 minits kot jalan kaki. rasa jauh tp bila jalan x rasa sgt sbb cuaca best plus dia byk kedai2 kat luar yang kita boleh singgah2. si zakwan mmg tido jer lam stroller spnjg we all jln2 tu.

P1090162

ni posing depan hotel 🙂

P1090165

otw ke sogo

P1090169

mama n abah

P1090171

cunis n me 😀

P1090167

me n amar

P1090172

beria2 amar nak amik gambor kat nama jalan ni..feeling2 young n dangerous

P1090170sebelom zakwan tido :p

disebabkan masa agak suntuk untuk berleisure2 area town ni, kami cuma sempat snggah SASA n sogo. boleh la nak shopping2 kat sini sbb harga masih murah dari Malaysia. aku rasa perfume beli kat sngpore lagi murah compared sini. yang pentng sblm beli u all kene tau harga kat msia berapa or harga online baper. so baruconfident sama ada yg kita beli tu worth or not. kat sasa satu family beli perfume..harga dalam rm100 +++ utk 50 ml. kat sogo x beli apa2 cuci mata jer. lepas jalan2 sini kami rushing ke……..

P1090175

makan time..ni la muslim canteen yg femes tuh. dia ada dalam masid ni.

P1090173

heaven dpt mkn nasi di hk tau..mmg sedappp!

P1090174yummy222

P1090178abah n kwn baru 🙂

so next entry aku akan citer pasal Disneyland pulak..mmg slow nak abiskan citer hk nih sbb maklumlah mak byk komitmen..hehehe citer raya pon ke laut huhuhu ok guysss..enjoice!

cuti-cuti hong kong 2013 – day 1 part 1

Published July 10, 2013 by aznitaz

salam ramadhan al Mubarak semua 🙂 jap jer masa berlalu kan? tuptup dah poser..nanti raya..how time flies kan..?

actually dah lama tak jengah blog aku yg suam2 kuku nih. harap2 ada lah yg sudi singgah lagi yer (sedeyy tak statement aku ni lol!) huhuhu

ok..ni aku sebenarnya nak update pasal family holiday aku which happened last 2 months..may 2013! walaweiii gila lembab kan nak update? well, they said better late than neva beb. go slow2 kekeke utk pedoman korang2 nak gi cuti kat sana nanti jugekk kan? hopefully2x.

kami ke hk naik flight AA mcm bese, beli pon time AA wat sales gila babeng about a year before. sama waktu aku beli  tiket gi gold coast ari tu. utk anak beranak 5 org aku dpt harga RM1275..gedebak gedebuk aku add on later jd RM 2361 (termasuk makan, insurans, tax, extra luggage plus pilih seat). well, aku rasa tetap mcm reasonable price ni utk kami 5 beranak.

cuti kali ni beramai2 uolls sekali ngan mama n abah plus adik aku si anis..anis jd tourist guide kitorang sbb dia baru je pegi awal thn ni 😛 kami pegi 4 hari 3 mlm jer..mmg super duper kejap, penat, seronok smua becampurlaa…nanti korang kalo nak gi hk better la spend 5-6 hari kat sana..kalo dpt 7 hari lg bagus..tp hrp maklumlah the longer u spend there..the more u spend ur money..hahhaha 😀 dah la hotel hk mahal weiii..lebih kuang je ms aku gi gold coast hari tu. lg mahal sbb weoll duk Disneyland..to me kalo ada anak2, rugi x spend duk Disneyland hotel. part Disneyland kita citer later yer 😛

tip pertama; korang kena rajin2 recce2 hotel online sbb kdg2 ko leh dpt murah..murah dia dlm RM350. kalo nasib dpt less tp susah la. nak murah boleh jek duk hostel..kalo ko kapel nak pi honeymoon..aku rs xde hal la nak duk hostel. adventure skit. mmg kecik la siap aku bc kt blog kena solat atas katil lg. nak ada feel honeymoon, ko beli la sndiri bunga ros tabor atas katil 😛 sempoii!

tip kedua: area senang nak mkn sbb ko tau la depa suka mkn apa kan..kalo gi bedua thn lagi nak ikat perut. tp kalo dh bwh anak berteritip mcm aku ni x suwai tau nak hadap megi jek..tsim sha tsui tempat yg femes la saper2 gi hk tp aku duk wanchai. heaven u mknn halal dia. sedap..reason aku chosed hotel south pacific sbb dia dekat ngan masjid ammar..masjid ni ada muslim canteen. mmg pack.. ko mkn pon kongsi je meja ngan ntah saper2. dia x bukak spnjg ms..ada timing2 dia..standard la pukul 3 smpai 6 dia tutup. semua recommend mkn dim sum tp weolls x sempat..kempunan huhuhu kena repeat ni HK nex holiday 🙂

aku tido satu mlm kat sini..hotel kecik jer..dia bg twin bed. cuaca time bulan 5 mmg sejuk n sepatutnya hujan. weolls siap prepare beli raincoat bagai tp setitik hujan pon xdok. takpe la nex trip x yah beli dah 😛 (ayat menyedapkan hati) si zakwan asik tido je spnjg jln2 kat hk..very da gud boy..sbb cuaca kot dia selesa nak tido 😀

harga hotel aku duduk RM 796.34 per nite for 2 rooms.. ni among the cheapest tau.. nangis tak?? tu pon dia siap offer weoll upgrade beli suite tau..x kuasa mak nak spend lagi uolls. lagipon satu malam jer nak tido.rugi2..

meh layan gambor ms weoll dlm airport express nak ke hong kong city…

P1090029

 ni dlm airport express..muka mmg sememeh sbb kul 4.30 am dh nak kena gerak gi lcct.

P1090030

haziq lagi! xcited gila dia bila smpai hk! tu si anis n mama aka nenek amy 😛

P1090031

sian kameya..sib baik nmpk gak. time ni smua letih baru smpai..xde mood nak amik gambor. zakwan dh buas ke mana2 dah time ni duk lam train. train x penuh so dia sakan la melompat sana sini.

to me better naik mtr..mula2 aku igt nk naik cab jer sbb beg byk plus budak2 ada kan..duk imagine mcm mana kalo kita naik lrt kt kl. tp x sama uolls..mtr sgt convenience. stesen dlm airport jer..troli leh bwk smpai depan train. harga dia HKD 100 utk adult dan HKD 50 utk child. ada diskaun naik in group of 4..murah skit laa..tp lupa baper..nanti smpai stesen hk, weoll tukar naik cab pi hotel.

ok..nanti sambung part 2..sbb x larat dh naik type. besok nak sahur so kena tido awal..korang pon kena tido awal jugak kan??so..bye2 xoxo!

cuti2 malaysia @ kuching – part 1

Published July 31, 2010 by aznitaz

well, pd yang tau kami sekeluarga pegi bercuti ke Kuching last 2 weeks sempena besday aku n hubby. last year weolls celebrate kt bukit merah so this year aku gi kuching.  besday hubby n me dekat2, aku 12/7 n hubby 17/7.  dulu mmg aku plan nak cari laki besday dekat2  so save budget nak smbut nnt 😀 (gila bakhil ini olang!!!hehehe) sambung citer…so on 17/7 kitorang betolak by airasia..sbb dpt promo price murah giler uolls n we stayed @ hotel 360. fyi, hotel ini adalah sgt hampeh dr segi locationnya tp bilik cantik n harga sgt la murah iaitu rm150/nite inclusixe bekfas 🙂 ia hampeh sbb susah nak cari tmpat mkn yg berdekatan n kalo xde keta mmg kebulur la jap. kat internet tulis bukan main lagi, attach ngan shopping complex la..easy access n nearby fast food restaurant..tp shopping complex byk mknn x halal adalah..kat kuching ni mcm kat penang pon ada..sana sini belaga bontot jumpa ca ya nun alif.

kitorang book king size bed tp dapt bilik twin sharing lakss..tak kisahlah so takyah bersempit2 ngan anak2 sbb ada dua katil. tp yg kelakarnya kamelia x nak tido atas katil. tiap2 malam dia tido kat bwh antara  2 katil ni. sabor jer laa anak aku. ni mesti sbb kat umah pon dia tido kat ruang tamu jerr..x penah tido atas katil.

view from the hotel…

ni malam hari yg pertama kitorang smpai..lepas makan malam kat Top Spot kitorang jalan kaki smpai ke waterfront. tempat wajib kena pegi kat kuching. muka pon dah letih sebenarnya sib baik perut dah kenyang. hotel2 kat kuching sebenarnya semua harga lebih kurang dalam RM 200 +++. hotel yg kami pilih ni konon2 nak budget sikit la n mula2 bc review kat website pon cam ok jer kan. tp aku rs better je amik family suite hotel tune kat kuching sbb locationnya mmg kat hot spot. tp yer laa tune hotel pon byk gak bad reviews kan tp at least bilik kan tempat nak tido jer..selebihnya kita nak jalan 2? wat a big deal ??? by the way, hotel yg kitorang duduk ni location jer hampeh tp ada provide washing machine n dryer uolls..so kitorang x bwk balik baju kotor byk sgt 🙂 ada la pros n cons here n there so next time kalo pegi weolls dah  tau nak plan camner.. nnt aku citer part-part lain lak yer…mmuahhh adiossss

bangkok oh bangkok

Published December 21, 2009 by aznitaz

my first outstation in new company was to bangkok..rasanya dah tercakap kat las N3 yg aku nak ke sana. baru 2 minggu keje dah berjalan..aku rs senior kat sana pon mau jeles ngan aku. sbb aku dah rampas tahkta. dulu yg handle keje aku ni org lain..ada la senior tu kan..pastu bos aku laa menaruh harapan tggi kat aku nak menggalas keje ni so aku take it as a challenge. takut pon ada sbb derang high expectation kat aku kan tp setakat ni so far so good.

last week gi bangkok ngan bos aku yg mula2 aku rs takut gak nak bejalan ngan dia. padahal bos ni dah kenal lama dr duopharma lagik. yer la takut tak sekufu kan tp last2 ok. layanlaa bos aku ni. mula2 dia asik2 nak balik msia awal jer kalo keje dah abis, dlm hati aku pe kes kan..dtg jauh2 nak balik awal..at least shopping la dulu 🙂 cut it short..aku telah berjaya menghasut dia shopping..smpai dia ckp x puas lagi jln2 kat sana. lawaknya kitorang ni dua2 bwk duit pon lebih kurang..dlm 4.5 k in baht ok..duit kita dlm RM480. tu pun aku rs byk gak boleh beli. tp yg tak best gi sana camera aku dan2 la rosak..adoiyaai kasi potong betul laa.bos aku ni bukan jenis amik2 gambar tau tp dia kesian tgok aku frust smpai snggup layan aku ngan amik gambar guna kamera dia..hehehe i was so touched 🙂

so gambar mmg quality x baper nak cantik laa tp asal ada kenangan kann..

waktu ni tgh jalan balik ke hotel dan jauh gak kami jalan..tp bos x mau naik tut tut. bahaya katanya. bangkok time ni mmg cantik giler sbb christmas deco! (tp smua tempat pon cantik kan time ni )

shopping mall kat sini smuanya  dekat2..aku rasa ada lebih dari 5 eventhough satu area.

abaikan muka aku yg x nmpk.kat belakang tu siam paragon tp kami x pegi pon..giler nak masuk smua kan. lagipon aku x cari brg2 branded. more to nak cari handbag yg murah2, souvenirs. bos aku lak gi shopping kasut sbb kat sana brg cantik2 can get just for RM 20. tp of course la bukan brg branded ok.  aku shopping handbag..aku beli 4 handbag smua harga dlm RM 20. tp 2 aku kasi kat mama n anis so 2 lagi aku pakai.

kat centralworld

ni kat atas jejantas antara hotel n mall.

kat depan hotel arnoma..aku duk hotel ni laa. kiranya kalo kat malaysia, area ni cam kat klcc. kat depan ada central world, zen, mbk ala2 tesco n ada satu lagi mall tp aku lupa nama dia.

ni kat lobi hotel..

aku x amiklaa gambar brg2 aku shopping sbb aku x sehardcore tu nak tnjuk kat org. aku malas sikit nak2 camera aku dah rosak. ada 2 benda aku x suka kat sana..

1. makan susah..susah tu takpe tp kiri kanan depan belakang duk jumpa daging babi. adoi..

2. jammed..trafik dia mmg giler teruk laa. aku igt kitorang dah terlepas flight dah hari tu:) sbb jammed gaklaa dah kurang waktu shopping kitorang 😛

so ini sajelaa kisah aku gi sana. keje cum vacation. maybe dlm bulan 3 aku akan ke sana lagi.  but this time dah tau nak tuju tempat mana. simpan duit byk2 dari skang..orait adiossssss..sayonara 😛