kain murah jakarta

All posts tagged kain murah jakarta

JAKARTA TRIP – OCT 2013 DAY 3

Published May 4, 2014 by aznitaz

salam 1 Malaysia 😛 wah intro yg agak patriotik di situ kekeke. wokeh, untuk hari ketiga, kami cuma plan nak shopping2 jer sbb besoknya dah nak balik ke KL. destinasi pertama, kami ke Mangga 2 dan tempat ni terletak x jauh dari Ancol yg kami pergi sehari sblmnya. jauh jugakla dari town dan time kami pergi tu pulak mmg tgh heavy jam..kat sini ada jual baju budak2, dewasa, kain sembahyang, cd, mainan mcm2 lah. harga mmg murah2 tp mcm biasa lah kena tawar menawar kaw2 punya. aku mmg x reti nak tawar2 nih sib baik en asben ada. tapi kan uolls, ms kitorang pegi ni time tu aircond rosak..giler sadis shopping dlm keadaan berpeluh2.. org pulak mmg ramai giler, kedai jenis sempit2 lak tu..mmg ahkak terbantut mood nak shopping. tmbahan lak tmpat mcm tu x sesuwai bwk budak2 n sorong stroller. mmg totally ilang mood 🙂 dsbbkan mood ahkak dah ke laut..gambar pon x amik kat sini.. yg sempat aku rembat (xde mood tp sempat) legging kamelia 3-4 helai, panties 😛 hahaha ni pon nak citer? mmg best panties diorang..mana nak dpt rm10 3 helai, lagi aku beli apa ekk? ooo beg budak2..beg nak letak susu n pampers zakwan..gambar minion..dpt dlm rm 15. kecik jer untk bwk gi jalan2 gi shopping ke gi makan ker oklah..then aku beli cd twilight dpt rm 3 sekeping..tu je lah kot. in short ttg Mangga 2, kalo korang nak pegi, jgn bwk budak2 kecik espc yg naik stroller..tak sesuwaii. jgn bwk budakla senang cakap kalo x mmg susah nak control diorang. masa aku pegi ni, ada sorang mak ni dia ilang anak dia..kecik lagi..meraung2 dia cari anak. phobia jap aku tgok sbb kalo korang tgk tmpat ni mcm susah lah nak jumpa balik anak ko 😦

after shopping kat mangga 2, weolls pegi makan..kali ni makan kat restoran ala2 ayam penyet kalo kat malaysia. restoran dia cantik tp pekerja dia mcm haremm..ketat jer muka. makanan dia okla.. nora bagi 3 bintang! eh tetiba kan?? nama restoran lupa nak amik..sgt x membantu uolls kan? tp takpe..normally kalo korang amik khidmat supir..diorang dh arrange dah mkn kat mana siap2. korang cuma ckp je nak makan apa..diorang akan suggestkan. senang kan? btw, kalo di jakarta  x susah sgt pasal makan..balik2 ko jumpa ayam penyet, nasi padang tu jer lah..tp sedap dan murah bangett kalo compare ngan kat KL 😛

P1100093

P1100094

kat entrance kedai, macam biasa ada org jual2, so kat luar ni diorang jual baju I luv jakarta..harga org besar or budak kecik sama jer..kualiti pon agak bagus. aku dapt Rp 100,000 utk 6 helai. maknanya RM 5 sehelai ko..ni bukan kaler putih yer..ni ada a few colors ko boleh pilih. pastu ada lak org jual mainan lampu kelip2 tu yg byk jual kat i-city..pon aku abis Rp100,000 hahaha takpe mama ita belanja semua anak2 yg ada.. kat sini kan masing2 hormat cara masing2 cari rezeki..bila kita beli brg dia..dia lak offer suh beli brg kawan dia.  jual kat depan kedai org..sikit pon tokei kedai x marah 😛 kagum2..sbb x nmpk mcm dengki khianat ke apa.

ok lepas dah kenyang..kami terus kePasar Baru tempat borong kain2 ela termasuk kain lace. mmg murah bangat..mula2 en. asben mcm x berminat tp last2 dia pon sama2 naik sawan membeli 😀 supir kitorang bawak kedai kain kawan dia biasalah sbb nak dpt tips. nama kedai kain ni Milanzo Textiles & Tailor. hasil rembatan untuk hari tsbt..nnt aku tunjuk hasilnya time raya yer :P..ni aku bgtau kos sahaja..

kain nak wat baju melayu satin tu harga dia dlam Rp 25,000/meter = RM 7

kain yg jarang ada manik2 tu corak bunga2 Rp 100,000/meter =RM 30 (ni mahal sikit compare ngan tanah abang 😦  )

kain cotton Rp 30,000 / meter = RM8.50

kain chiffon Rp 15,000 / meter = RM4 eh aku x sure la jenis kain..tp kain dia lembut n jarang

so total aku spent kat kedai nih Rp 1,015,000 =Rm 287.50.

apa aku dapat? kain baju kurung dapat 5 psg utk dewasa, budak dpt sepsg.

baju melayu dapat 1 psg dewasa, 2 psg budak kecik

then tokey kedai bagi hadiah free 2 meter suh pilih kain2 cotton yg ada..dapatlah spsg extra utk kamelia..hepi2 dah setel shopping utk baju pagi raya. dulu harga kat atas tu aku cuma dapat sepsg sorang baju utk raya time shopping kat gulatis..lebih lagi kot dari rege kat atas tuh. mmg puas hati tapi aku rasa kalo shopping kat tanah abg (kat jakarta jugak) harga lagi murah..pilihan banyak sangat smpai kelabu mata nak pilih..

pastu sambung shopping kat kedai sebelah, nama kedai Probitas Textile. kali ni aku beli kain nak buat blouse. 3 helai rasanya aku beli n harganya Rp 285,600 = RM 80. kedai ni mahal sikit sbb agak high end gaklah sbb tokey cina then design2 kat kedai ni cantik2 dan moden sikit. sori la no pic kain2 yang aku beli sbb aku ni jenis x suka nak tnjuk barang apa aku beli..malas nak amik pic sebenarnya 😛 alasan khennnn.

P1100100

ni kt kedaiProbitas Textile..masing2 dah penat 😀

P1100097kedai sama 🙂

okeh dah abis shopping2..lapor la balik kan? ayuh lah kita jjcm n kali ni kami pergi makan kat Magnum Cafe. aku lupa lah magnum cafe kat mana..one of grand shopping mall kat jakarta. aku rasa area2 Plaza Indonesia tu jugak. giler ko..beratur org nak makan..

P1100112

P1100118

P1100146

nak jugekk 😛

P11001342013-10-05 20.52.19

2013-10-05 20.53.032013-10-05 21.40.01

harga oklah x mahal sgt..mcm harga kat cafe2 lain yg grand mcm magnum cafe ni. ada western food n local dish gak tp x byk la sbb main dia kan ice cream. korang  jgn lupa dtg sini tau..sbb kt malaysia belum ada lagi kan?  rasanya belum..

P1100148

@ grand plaza..okeh magnum cafe kat sini ler yer anak2 😀

P1100149

P1100121

till we meet again 😀 nite2x

-the end-