cuti hong kong

All posts tagged cuti hong kong

BAJET UNTUK KE DISNEYLAND HONG KONG

Published June 13, 2015 by aznitaz

ok, aku summarize total bajet kat Disneyland untuk kami 5 beranak.

  • untuk entrance fees = 2 Adults + 3 kids HKD 1860 (RM 826.85) (Adult= HKD450/pax, Child=HKD 320/pax)
  • untuk photo claim = HKD 460 (RM204.40) – optional yer. ni kalo korang nak claim lah photo2 yang staff disneyland amik.
  • untuk makan kat tahitian terrace = HKD 317 (RM 140.80)

Set Chic Rice Combo HKD90

Set Chic and Fish Combo HKD96

Set Chic Leg Rice Combo HKD 94

Air  HKD22

Ice Cream HKD 15

  • Souvenirs = HKD 682 (RM303.18) – optional yer.

GRAND TOTAL = RM 1475.23

kalo tolak yg optional, bajet minima = RM 967.65

so diharap info ini dapat membantu korang untuk buat bajet bercuti ke Disneyland Hong Kong nanti 🙂

Note: Harga terkini mungkin berbeza sedikit dari info di atas memandangkan aku pergi bercuti ni tahun lepas yer. harap maklum 😀

P1100691

 

MACAU-HK TRIP MARCH 2014 DAY 1

Published November 2, 2014 by aznitaz

salam everyone 😀 again i’m back after a loooonnnngggg break..as usual ahkak nak citer kisah jalan2 ahkak ngan family and kali ni we went to hk again 😛 but this time our journey started in Macau 🙂 well, biasanya mmg ramai yg bercuti ke hong komg akan lajak ke macau sekali. sbb macau-hk dekat jer uolls naik feri lebih kurang sejam. maybe some of u tanya kenapa weolls repeat HK lagi? actually x plan nk ke hk pon tp disebabkan trip ni makan masa 5 hari so agak bosan jugak kalo stay in macau sahaja spnjg 5 hari tu. maka datanglah kami melawat macau & HK sekaligus.

untuk tiket termasuk extra baggage, food, insurans and pick a seat, total utk kami 5 beranak RM1678.00. to me reasonable la harga mampu milik..ye lah nak angkut 5 beranak tuuu..

kami berangkat ke Macau pada 21 Mar 2014 dan flight kami berlepas jam 6.30 a.m. ini merupakan percutian kami yg pertama 5 beranak without my parents. agak nervous jugak memikirkan boleh ke kami nak handle budak2 ni. perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam 45minit dan tiada perbezaan waktu di antara Malaysia dan Macau.

kami sampai di macau pada jam 10.15 a.m di Macau International Airport dan airportnya tak besar so uolls takyah risau tersesat ke apa. perghh..mula2 sampai sejuk giler…pkai cardigan pon x membantu. tp en asben suka sangat la sejuk2 ni..skit pon x heran nak pkai sweater ke apa mula2 tu. haihh kulit buaya ke apa laki aku ni hah..tapi, staf imigresen Macau adalah sangat x friendly sama macam kt HK. mmg kuang ajar rasa nak lempang je muka sekor2..huhuhu tetiba i jd garang. tak tau lah diorang ni bertambah teruk after kes MH370 atau mmg sejak azali lagi perangai mcm tuh. takpe abaikan..

P1100603

amboi hepinya anak mama nih..tgok mama kat belakang tuh sibuk ngan tepon sbb dpt wifi free lah katakan..haruslah update location kan? kat airport Macau kita boleh dpt free wifi..so better uolls update family kat msia siap2 kat sini sbb after this x tau bila dah nk dpt wifi 😀

P1100608

hehehe masing2 dah bersweater 😛

P1100609

ni view dari dalam bas..otw nak ke galaxy macau sblm nak naik feri ke HK. dari macau, kami terus ke HK so mmg tak jalan mana2 lagi di Macau masa first day sampai nih.

terminal ferry ada jer dekat dgn airport and uolls boleh je jalan kaki ke sana. gigih sikit lah nak heret beg besar tu tp tak terasa letih disebabkan cuaca yg nyaman & sejuk. kitorang dah berjalan kaki asalnya tp bila smpai, schedule next ferry pukul 6pm.. lama tu nak tggu. sib baik staf kat terminal tu tolong ajar kami untuk ke next terminal ferry yang terletak di  belah Macau Peninsula. kami naik turbojet dan harga tiket HKD 147 utk adult and HKD 132 utk child. tapi ahkak nak warning kat uolls..it was really a terrible experience for us..bwk boat mcm haram..redah je ombak2 tu sampai melantun2..kalo org jenis senang tido takpe. pastu org start muntah secara berjemaah..walawei,,it was the longest 1 hour i had to go through ever 😦

P1100624

 dah sampai HK! yeay happy 😛  weolls check in kat hotel best western grand hotel. rate utk 2 malam HKD 2,244.00. bilik macam biasa amat sempit. double bed without breakfast. mmg muat2 bontot je tapi cantik interior dia sebenarnya cuma nak sembahyang pon agak  susah. location wise agak jauh dgn tempat2 menarik kat sekitar Kowloon / Tsim Sha Tsui.

P1100626

hihihi pandangan dari bilik hotel..gila x best 😛

utk first day ni kami x jalan mana2 sangat cuma tgh study area kowloon/tst ni and plan utk jalan ke mana utk hari esok. plan asal nak gi Avenue of Stars dan nak tgok symphony of lights tapi bila try jalan2 dari hotel mcm x sama tempat dia masa aku dtg HK 2 minggu lepas waktu outstation. so dgn kondisi 3 anak kecik so mmg tak teruskan niat lah nak pi sana sbb rasanya mcm jauh je nak kena menapak. fokus utama sekarang nak cari tempat makan. tips kat HK, pi cari masjid dulu dan once jumpa masjid pasti akan ada org approach kita nak bawak ke restoran halal. sama lah kes kami..kami tercongok kat depan masjid kowloon..jap lagi datanglah org pakistan or indian promote restoran diorang dan diorang akan bawak kita ke sana.

2014-03-21 19.27.46

2014-03-21 19.28.22

cantik restoran ni and nampak exclusive. macam biasa kitorang order nasi briyani ayam dan roti prata. makan kenyang2 sbb balik nak menapak lagi balik hotel. jauh gak bejalan rasanya dalam 20 minit kot ambil masa tapi sib baik cuaca sejuk. harga utk sekali makan ni dalam HKD 383. memang mahal tapi nak buat camane..adatlah dtg berjalan mmg kena spend byk untuk mknn halal. nama restaurant ni India Restaurant & Bar, dekat Prat Avenue. landmark: dekat dengan masjid Kowloon.

ok..xde apa dah nak citer utk 1st day ni so layan je la pics kitorang otw balik ke hotel ..best tau jalan2 kat HK..cuaca sejuk bangatt..sure korang suka.

P1100630

P1100635

P1100640

P1100648

P1100649

P1100631

sampai hotel fenattt yg amat..so haruslah tido sbb besok kami akan pi ke Disneyland!! hahaha again to Disneyland 😀

CUTI-CUTI HONG KONG – DAY 3 DISNEYLAND

Published November 4, 2013 by aznitaz

hi ollss..setelah sekian lama cuba nak habiskan citer HK yg dah basi bertoksin2 ni…finally dpt jugak ahkak abiskan dgn jayanya utk citer hari ke 3 kitorang kat sana. hari ketiga adalah hari yg ditunggu2 oleh my kiddos..giler beb budak mana x excited nak masuk disneyland kan? sian depa melayan org2 tua punya agenda dulu kan..sure tekanan jer..bila nak jumpa mickey ni kan..so hari yg ditnggu2 pon tiba. masalahnya bukan depa je excited..mak bapak budak n tok nenek budak pon sama ikut xcited..first time la katakan 😀

sebelum tu weolls dah beli tiket siap2 kat hotel sbb x mo beratur pnjg kat entrance kan. ye lah iolls berteritip dgn anak2..campur rombongan cik kiah lagi. so utk jimat masa n tenaga beli jer kat hotel. xde beza pon rasanya. masa aku pegi ni ada promo kalo guna visa mcm dia wat special package for 2 adults 2 kids. tp aku x igt exactly sbb resit dh ilang :p kalo rajin korang pi check website dia utk info ttg promo.

harga utk masuk 1 day entry

Adult HKD 399 ~ RM 158

Child HKD 285 (3 yr to 11 yr) ~RM 112

kalo uolss ada masa n wang yg lebih..amiklah 2 days entry sbb 1 day mmg x cukup…nak lebih kena bayar pon lebih la kan..extra mcm lebih kurang dalam 30 ringgit.

sblm nak melangkah masuk  ke disneyland aku dh kena pow oleh anak2 aku dulu. sib baik zakwan tido  eh tido lagi? yes..he such a gud boy..membuta je keje dia kt hk sbb cuaca sejuk nyaman2 gitu. kat luar disneyland ada stall  jual souvenir..actually nenek derang lah yg stop dulu.. budak2 ni lak pntg nmpk org menjual..demand la masing2. si kamelia dpt headband minnie mouse n haziq dpt topi..baru feel katanya nak masuk disneyland..bykla ko punya feel anak2..sib baik papa pon x sibuk nak feeling2 bagai..dia cuma feeling kat jln hunghing jer..feeling2 young n dangerous gitteww..kekeke

ok..dalam disneyland ada 5 attractions..ada toy stroryland (sob2 x sempat nak pi), ada grizzly gulch, adventureland, main street usa, fantasyland and tomorrowland. biasalah kalo pi theme park ni  kita lyn ride2 yg ada kat stp park tersebut..weolls cuma x sempat nak gi toy story land sbb dia jauh skit. Kat sana dia ada ride bentuk U nmpk mcm menakutkan gak la..ceh mcm la aku berani naik kan..tp takut2 ahkak ni..layan gak adrenalin kat roller coaster Grizzly Gulch..yg lg hebat si haziq pon naik perghhh..bagus2!  satu lagi yg best kat sini dia punya show..mmg tiptop. 4D dia mmg terbaik la smpaikan aku pon rasa mcm tgh terbang atas flying carpet. siap rasa gayat lagi 🙂 hoverr ok ahkakk ko nih..kalau compare 4D movie world kat gold coast, kat sini lagi best. siap bila time harta karun kalo x silap jatuh..budak2 semua bgn nak kutip..sbb benda2 tu smua mcm ada betul2 depan kita..ye la mmg la 4D kan..tp sbb dia cantik..budak2 bukan faham pon kan?

bila jln2 nak gi ke satu2 park mmg penat so show adalah penyelamat weolls. bila nmpk jer ada show weolls masuk so boleh rehatkan kaki n badan jap.. dah la aircond pulak tu. mmg layan abiss. kenapa aku x sempat nak pegi smua park? sbb aku byk abis masa nak nak amik gambor ngan character2 disney. beratur pnjg sgt uolls..tak amik kang rs x best lak dtg jauh2 kan. nak tak nak beratur la weolls anak beranak. nak amik gambor 3 characters jer pon sejam..kang tgh tnggu2 tetiba diorang boleh rehat jap take 15 minutes. potong stimm betul la.. aku dah nk give up tp kamelia mmg nak jugak bergambar :p yelah kdg2 bila bejln ni kena jugak pk kat diorang kan..kita layan je anak2..biar diorang pon hepi.

so kat dlm ni dun worry ttg makan sbb adatempat  mknn halal..kat adventureland..tahitian terrace namanya. sedap gak la nk lyn perut hok laporr. oh yer sblm nak masuk disneyland diorang mmg strict check beg kita kalo2 ada bwk mknn so uolls pndai2 la sorok yer..biasa la stndard sumbat dlm stroller :p selamat.selain tu kat dlm boleh la mkn jagung n pop corn as kudap2..ye lah bwk budak ni payah skit kan..diorang tau nk mkn jer bila lapor..bukan boleh thn2..so pop corn tu penyelamat la kasi depa bertenang sat 😀

 P1090184

nenek amy n cucus aka my kiddos la :p ni belom masuk lagi..belum kena poww lagi 🙂

 P1090186

 one heppy family..gambor amar takde. dia camera shy :p

P1090189

hasil tangkapan di entrance 😀

P1090192

P1090195

P1090196

P1090205

P1090209

P1090211

P1090213

P1090268

P1090272

P1090274collage disney1

collage disney3

collage disney 2

P1090285

bila dh mlm baru nak pose ngan en. amar 🙂 muntah maks tgokss gambors nihss
P1090287

P1090289

P1090292

P1090293

P1090294

P1090297

acara penutup kat sana biasalah ada bunga api. aku x tgok lama sgt sbb sibuk nak shopping souvenir 🙂 acara abis dalam pukul 9 kot kat sana. pastu abis bunga api diorang pi sambung balik shopping. harga merchandise kat sini mmg mahal..tp toksah berkira sgt kalo ada budget tu. bukan selalu datang pon..cuma kalo nak beli souvenir kat org tuh ikut kemampuan la ekks..fridge magnet satu pon berbelas2 ringgit. so aku beli pen jer la tuk budak2 opis 😀 sorry guys..x cukup budget nak beli FM utk satu dept. kalo x sempat shopping or x puas shopping kat dlm disneyland, bolehla lajak ker hotel sbb kat sana pon ada. harga sama jer dun worry 🙂 cuma x variety jer la.

kalo kat hotel time aku pegi, takde restoran halal tp boleh la order suh diorang masakkan yg vege based food. mcm kitorang oder ns goreng vege, piza vege, spageti pon vege 🙂 bila kita tnya tuh, diorang mcm dh bese dgn permintaan org2 muslim…tp kalo x silap skrg kat disney hollywood tu dah ada halal kot..nampak abg nara @ beautifulnara ada pegi sana baru2 nih. kalo ada baguslah sbb bila smpai kat disneyland, kebulur kitorang nak cari mknn halal 😀

mmg 1 hari yg memenatkan tp best..enjoy sbb tgok budak2 enjoy, mak abah enjoy..mmg rasa nak kena repeat balik. next time dtg kena fokus kat sini jer. 4 hari mmg x cukup nak explore HK sbb sini mmg byk tempat nak pegi. kurang2 aku rasa kena spend dalam seminggu baru puas hati 😀

so that’s all for citer2 kami bercuti kat HK.. harap2 adalah membantu for those yg nak gi sana ..see u again xoxo 🙂

cuti-cuti hong kong 2013 – day 2

Published August 16, 2013 by aznitaz

xtvt hari ke-2 nak jalan2 area sogo lepas check out dari hotel sblm we all pi check in hotel disneyland.  bekfast lebih kurang kat hotel pagi tu wat alas perut then kemas2 utk check out. we all tinggalkan beg2 kat hotel dulu sbb takkan nak angkut semua time jalan2 kan? from hotel nak ke sogo dalam 15-20 minits kot jalan kaki. rasa jauh tp bila jalan x rasa sgt sbb cuaca best plus dia byk kedai2 kat luar yang kita boleh singgah2. si zakwan mmg tido jer lam stroller spnjg we all jln2 tu.

P1090162

ni posing depan hotel 🙂

P1090165

otw ke sogo

P1090169

mama n abah

P1090171

cunis n me 😀

P1090167

me n amar

P1090172

beria2 amar nak amik gambor kat nama jalan ni..feeling2 young n dangerous

P1090170sebelom zakwan tido :p

disebabkan masa agak suntuk untuk berleisure2 area town ni, kami cuma sempat snggah SASA n sogo. boleh la nak shopping2 kat sini sbb harga masih murah dari Malaysia. aku rasa perfume beli kat sngpore lagi murah compared sini. yang pentng sblm beli u all kene tau harga kat msia berapa or harga online baper. so baruconfident sama ada yg kita beli tu worth or not. kat sasa satu family beli perfume..harga dalam rm100 +++ utk 50 ml. kat sogo x beli apa2 cuci mata jer. lepas jalan2 sini kami rushing ke……..

P1090175

makan time..ni la muslim canteen yg femes tuh. dia ada dalam masid ni.

P1090173

heaven dpt mkn nasi di hk tau..mmg sedappp!

P1090174yummy222

P1090178abah n kwn baru 🙂

so next entry aku akan citer pasal Disneyland pulak..mmg slow nak abiskan citer hk nih sbb maklumlah mak byk komitmen..hehehe citer raya pon ke laut huhuhu ok guysss..enjoice!

cuti-cuti hong kong 2013 – day 1 part 1

Published July 10, 2013 by aznitaz

salam ramadhan al Mubarak semua 🙂 jap jer masa berlalu kan? tuptup dah poser..nanti raya..how time flies kan..?

actually dah lama tak jengah blog aku yg suam2 kuku nih. harap2 ada lah yg sudi singgah lagi yer (sedeyy tak statement aku ni lol!) huhuhu

ok..ni aku sebenarnya nak update pasal family holiday aku which happened last 2 months..may 2013! walaweiii gila lembab kan nak update? well, they said better late than neva beb. go slow2 kekeke utk pedoman korang2 nak gi cuti kat sana nanti jugekk kan? hopefully2x.

kami ke hk naik flight AA mcm bese, beli pon time AA wat sales gila babeng about a year before. sama waktu aku beli  tiket gi gold coast ari tu. utk anak beranak 5 org aku dpt harga RM1275..gedebak gedebuk aku add on later jd RM 2361 (termasuk makan, insurans, tax, extra luggage plus pilih seat). well, aku rasa tetap mcm reasonable price ni utk kami 5 beranak.

cuti kali ni beramai2 uolls sekali ngan mama n abah plus adik aku si anis..anis jd tourist guide kitorang sbb dia baru je pegi awal thn ni 😛 kami pegi 4 hari 3 mlm jer..mmg super duper kejap, penat, seronok smua becampurlaa…nanti korang kalo nak gi hk better la spend 5-6 hari kat sana..kalo dpt 7 hari lg bagus..tp hrp maklumlah the longer u spend there..the more u spend ur money..hahhaha 😀 dah la hotel hk mahal weiii..lebih kuang je ms aku gi gold coast hari tu. lg mahal sbb weoll duk Disneyland..to me kalo ada anak2, rugi x spend duk Disneyland hotel. part Disneyland kita citer later yer 😛

tip pertama; korang kena rajin2 recce2 hotel online sbb kdg2 ko leh dpt murah..murah dia dlm RM350. kalo nasib dpt less tp susah la. nak murah boleh jek duk hostel..kalo ko kapel nak pi honeymoon..aku rs xde hal la nak duk hostel. adventure skit. mmg kecik la siap aku bc kt blog kena solat atas katil lg. nak ada feel honeymoon, ko beli la sndiri bunga ros tabor atas katil 😛 sempoii!

tip kedua: area senang nak mkn sbb ko tau la depa suka mkn apa kan..kalo gi bedua thn lagi nak ikat perut. tp kalo dh bwh anak berteritip mcm aku ni x suwai tau nak hadap megi jek..tsim sha tsui tempat yg femes la saper2 gi hk tp aku duk wanchai. heaven u mknn halal dia. sedap..reason aku chosed hotel south pacific sbb dia dekat ngan masjid ammar..masjid ni ada muslim canteen. mmg pack.. ko mkn pon kongsi je meja ngan ntah saper2. dia x bukak spnjg ms..ada timing2 dia..standard la pukul 3 smpai 6 dia tutup. semua recommend mkn dim sum tp weolls x sempat..kempunan huhuhu kena repeat ni HK nex holiday 🙂

aku tido satu mlm kat sini..hotel kecik jer..dia bg twin bed. cuaca time bulan 5 mmg sejuk n sepatutnya hujan. weolls siap prepare beli raincoat bagai tp setitik hujan pon xdok. takpe la nex trip x yah beli dah 😛 (ayat menyedapkan hati) si zakwan asik tido je spnjg jln2 kat hk..very da gud boy..sbb cuaca kot dia selesa nak tido 😀

harga hotel aku duduk RM 796.34 per nite for 2 rooms.. ni among the cheapest tau.. nangis tak?? tu pon dia siap offer weoll upgrade beli suite tau..x kuasa mak nak spend lagi uolls. lagipon satu malam jer nak tido.rugi2..

meh layan gambor ms weoll dlm airport express nak ke hong kong city…

P1090029

 ni dlm airport express..muka mmg sememeh sbb kul 4.30 am dh nak kena gerak gi lcct.

P1090030

haziq lagi! xcited gila dia bila smpai hk! tu si anis n mama aka nenek amy 😛

P1090031

sian kameya..sib baik nmpk gak. time ni smua letih baru smpai..xde mood nak amik gambor. zakwan dh buas ke mana2 dah time ni duk lam train. train x penuh so dia sakan la melompat sana sini.

to me better naik mtr..mula2 aku igt nk naik cab jer sbb beg byk plus budak2 ada kan..duk imagine mcm mana kalo kita naik lrt kt kl. tp x sama uolls..mtr sgt convenience. stesen dlm airport jer..troli leh bwk smpai depan train. harga dia HKD 100 utk adult dan HKD 50 utk child. ada diskaun naik in group of 4..murah skit laa..tp lupa baper..nanti smpai stesen hk, weoll tukar naik cab pi hotel.

ok..nanti sambung part 2..sbb x larat dh naik type. besok nak sahur so kena tido awal..korang pon kena tido awal jugak kan??so..bye2 xoxo!