MACAU-HK TRIP MARCH 2014 DAY 1

Published November 2, 2014 by aznitaz

salam everyone 😀 again i’m back after a loooonnnngggg break..as usual ahkak nak citer kisah jalan2 ahkak ngan family and kali ni we went to hk again 😛 but this time our journey started in Macau 🙂 well, biasanya mmg ramai yg bercuti ke hong komg akan lajak ke macau sekali. sbb macau-hk dekat jer uolls naik feri lebih kurang sejam. maybe some of u tanya kenapa weolls repeat HK lagi? actually x plan nk ke hk pon tp disebabkan trip ni makan masa 5 hari so agak bosan jugak kalo stay in macau sahaja spnjg 5 hari tu. maka datanglah kami melawat macau & HK sekaligus.

untuk tiket termasuk extra baggage, food, insurans and pick a seat, total utk kami 5 beranak RM1678.00. to me reasonable la harga mampu milik..ye lah nak angkut 5 beranak tuuu..

kami berangkat ke Macau pada 21 Mar 2014 dan flight kami berlepas jam 6.30 a.m. ini merupakan percutian kami yg pertama 5 beranak without my parents. agak nervous jugak memikirkan boleh ke kami nak handle budak2 ni. perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam 45minit dan tiada perbezaan waktu di antara Malaysia dan Macau.

kami sampai di macau pada jam 10.15 a.m di Macau International Airport dan airportnya tak besar so uolls takyah risau tersesat ke apa. perghh..mula2 sampai sejuk giler…pkai cardigan pon x membantu. tp en asben suka sangat la sejuk2 ni..skit pon x heran nak pkai sweater ke apa mula2 tu. haihh kulit buaya ke apa laki aku ni hah..tapi, staf imigresen Macau adalah sangat x friendly sama macam kt HK. mmg kuang ajar rasa nak lempang je muka sekor2..huhuhu tetiba i jd garang. tak tau lah diorang ni bertambah teruk after kes MH370 atau mmg sejak azali lagi perangai mcm tuh. takpe abaikan..

P1100603

amboi hepinya anak mama nih..tgok mama kat belakang tuh sibuk ngan tepon sbb dpt wifi free lah katakan..haruslah update location kan? kat airport Macau kita boleh dpt free wifi..so better uolls update family kat msia siap2 kat sini sbb after this x tau bila dah nk dpt wifi 😀

P1100608

hehehe masing2 dah bersweater 😛

P1100609

ni view dari dalam bas..otw nak ke galaxy macau sblm nak naik feri ke HK. dari macau, kami terus ke HK so mmg tak jalan mana2 lagi di Macau masa first day sampai nih.

terminal ferry ada jer dekat dgn airport and uolls boleh je jalan kaki ke sana. gigih sikit lah nak heret beg besar tu tp tak terasa letih disebabkan cuaca yg nyaman & sejuk. kitorang dah berjalan kaki asalnya tp bila smpai, schedule next ferry pukul 6pm.. lama tu nak tggu. sib baik staf kat terminal tu tolong ajar kami untuk ke next terminal ferry yang terletak di  belah Macau Peninsula. kami naik turbojet dan harga tiket HKD 147 utk adult and HKD 132 utk child. tapi ahkak nak warning kat uolls..it was really a terrible experience for us..bwk boat mcm haram..redah je ombak2 tu sampai melantun2..kalo org jenis senang tido takpe. pastu org start muntah secara berjemaah..walawei,,it was the longest 1 hour i had to go through ever 😦

P1100624

 dah sampai HK! yeay happy 😛  weolls check in kat hotel best western grand hotel. rate utk 2 malam HKD 2,244.00. bilik macam biasa amat sempit. double bed without breakfast. mmg muat2 bontot je tapi cantik interior dia sebenarnya cuma nak sembahyang pon agak  susah. location wise agak jauh dgn tempat2 menarik kat sekitar Kowloon / Tsim Sha Tsui.

P1100626

hihihi pandangan dari bilik hotel..gila x best 😛

utk first day ni kami x jalan mana2 sangat cuma tgh study area kowloon/tst ni and plan utk jalan ke mana utk hari esok. plan asal nak gi Avenue of Stars dan nak tgok symphony of lights tapi bila try jalan2 dari hotel mcm x sama tempat dia masa aku dtg HK 2 minggu lepas waktu outstation. so dgn kondisi 3 anak kecik so mmg tak teruskan niat lah nak pi sana sbb rasanya mcm jauh je nak kena menapak. fokus utama sekarang nak cari tempat makan. tips kat HK, pi cari masjid dulu dan once jumpa masjid pasti akan ada org approach kita nak bawak ke restoran halal. sama lah kes kami..kami tercongok kat depan masjid kowloon..jap lagi datanglah org pakistan or indian promote restoran diorang dan diorang akan bawak kita ke sana.

2014-03-21 19.27.46

2014-03-21 19.28.22

cantik restoran ni and nampak exclusive. macam biasa kitorang order nasi briyani ayam dan roti prata. makan kenyang2 sbb balik nak menapak lagi balik hotel. jauh gak bejalan rasanya dalam 20 minit kot ambil masa tapi sib baik cuaca sejuk. harga utk sekali makan ni dalam HKD 383. memang mahal tapi nak buat camane..adatlah dtg berjalan mmg kena spend byk untuk mknn halal. nama restaurant ni India Restaurant & Bar, dekat Prat Avenue. landmark: dekat dengan masjid Kowloon.

ok..xde apa dah nak citer utk 1st day ni so layan je la pics kitorang otw balik ke hotel ..best tau jalan2 kat HK..cuaca sejuk bangatt..sure korang suka.

P1100630

P1100635

P1100640

P1100648

P1100649

P1100631

sampai hotel fenattt yg amat..so haruslah tido sbb besok kami akan pi ke Disneyland!! hahaha again to Disneyland 😀

Advertisements

2 comments on “MACAU-HK TRIP MARCH 2014 DAY 1

  • Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: http://www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

  • Sama lah macam kami Oktober nanti…. kitorang landing kat Macau nanti…. memang tak sempat nak jalan Macau langsung ke haritu?

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: