cuti macau hong kong

All posts tagged cuti macau hong kong

MACAU-HK TRIP MARCH 2014 – DAY 2

Published June 13, 2015 by aznitaz

Ok,  firstly minta maaflah kalo ada yg jengah blog ni nak tau pasal citer Day 2 tapi x muncul2. Agak biasa masalah camni bila kita buat blog hopping nak cari info pasal pengalaman bercuti kan? iolls pon sama pernah menghadapi problem mcm ni so agak kecewa gak sbb rs reference tak complete. Untuk buat korang tak kecewa dgn gigihnya iolls cuba abiskan entry berdenyut ni yer 😀 so uolls, please stay tuned!

Untuk Day 2, kami decided untuk masuk ke Disneyland again 🙂 kenapa kami pergi lagi sebab nak puaskan hati anak2 bawak diorang berjalan. Kalo asik ikut plan org dewasa je sure stress diorang tu kan? lagipon last time kami pergi tak abis khatam pon lagi semua park yang ada dalam Disneyland tu. cewahh…ke main nak justify kan? nampak tak sape yg lagi excited nak masuk sebenarnya? hehehe..

so awal2 pagi kami dah bertolak dari hotel dengan menaiki MTR. untuk menaiki MTR sangat mudah dan senang uolls, tak pelu risau. korang tgok kat website nih: http://www.mtr.com.hk/en/customer/services/system_map.html . korang tgok MTR station terdekat dari hotel yang korang duduk dan plan your trip accordingly sbb dia ada byk line. kena tukar2 line ala lrt star ngan putra baru lah sampai ke disneyland ni.  satu lagi cara mudah plan your trip pakai google map.. lagi senang sbb iolss mmg pakai google map tp dgn syarat ada wifi atau amik simcard kat sana. Kami sampai ngam2 time theme park nak bukak dan untuk pengetahuan uolls operation hours adalah dari pukul 10.00 AM to 9.00 PM. rasanya operation hours untuk weekday and weekend ada beza kot, sorry dah lupa maklumlah tahun lepas punya citer 😀

Entrance Fee as at March 2014:

Adult HKD 450 untuk 1Day entry

Child HKD 320 untuk 1Day entry

kalau untuk harga tiket yang terkini, uolls boleh check kat website diorang: https://www.hongkongdisneyland.com/tickets/

misi utama bila sampai.. kita makan dulu sbb dalam Disneyland HK ada restoran halal so isilah perut siap2 sblm menapak dan berjimba kat dalam tu. fyi, ada 2 restoran halal kat dalam ni iaitu Tahitian Terrace dalam Adventureland dan kat Explorer’s Club Restaurant kat Mystic Point. makanan dia sedaplah boleh makan cuma taste ada rasa lain sikit. No choice kan sbb adat berjalan kat negara bukan majority org Islam kita kena terima seadanya.

kat dalam tu macam biasa ada banyak park untuk uolls terokai so sila rujuk website diorang for more details k. frankly speaking 1 day mmg tak cukup utk cover semua tempat. so weolls fokus dekat park yang kami x sempat explore dulu iaitu Toy Story Land, Mystic Point and Fantasy Land. Ada gak benda yang kami repeat macam show Mickey’s PhilharMagic (3D) and The Golden Mickey. 3D tu mmg highly recommended! Tips dia korang main puas2 ride outdoor yg ada dan agak2 bila dah penat masuk tgok show2 indoor untuk rehatkan diri uollss. Jgn buang masa untuk amik gambar ngan character unless kalo line nak beratur tu tak panjang sgt. ms first visit dulu kitorang amik masa dekat sejam lebih utk bergambar dgn semua characters. tu yang x sempat explore semua park. Tapi overall tempat ni mmg best and korang boleh sama2 enjoy dengan budak2 bila pergi sana. serius, iolls tak tipu 😀

pizap.com14149432592191

Gambar ni masa naik MTR dan masa mula2 sampai ke Disneyland. Nampak panas tapi tak bahang pon sebenarnya. Nyaman2 panas gitu.

pizap.com14149436618731

nampak hepi tak budak2 tu uolls? ohh i miss disneyland so muchh. eh tetiba?hehehe

pizap.com14149439427791

ini gambar kat entrance dengan main street. kat main street ni ada kedai souvenirs, cafe, bakery.

pizap.com14341161836631

kat grizzly gulch ada roller coaster. try tau to test your adrenalin rush 😛

kat toy story ada gak ride mencabar, roller coaster bentuk U. tp weolls tak naik pon. nmpk mcm ngeri jer plus beratur sgt pnjg time tu.

mystic point mcm ala2 umah berhantu. so kalo anak jenis penakut jgn bawak masuk yer. nescaya melalak lah anak uolls kat dalam tu..pizap.com14341166276891

Disney’s parade.. wajib tengok. jgn lupa tgok schedule so boleh book tempat depan sekali. tengok smbil makan jagung rebus..memang layan 🙂

pizap.com14341168614871

okeh, ni kat it’s a small world dalam Fantasyland. Lepas naik ride kat situ, si kamelia n haziq nak gi kat Autopia kat Tomorrowland. kat sini diorang boleh bawak keta electric sendiri dan drive kat highway in tomorrowland. ada had tinggi nak masuk ride ni so uolls kena refer lah kat sign board sblm masuk. lepas tu kitorang tggu kul 8 pm plak utk fireworks show sebagai acara penutup taman tema ni.

OK.. iolls harap uolls teruja lah bila tgok gambar2 ni then boleh plan nak pergi ke sini utk your next vacation.  sebagai penutup, sila lihat gambar2 fireworks kat bawah 😛

P1100868

P1100871

hehehe sorry mutu gambar tak berapa power sbb guna camera cabukk jerr 😦 xde nafsu lagi nak berjinak2 dgn camera mahal.

orait, that’s all guys.. xoxo 🙂

Note: Normally, semua akan berpusu2 masuk kat kedai souvenirs after fireworks show ended. So mmg akan havoc lah time nak bayor nanti. Pandai2 lah korang bajet time bila nak shopping nanti yer.

MACAU-HK TRIP MARCH 2014 DAY 1

Published November 2, 2014 by aznitaz

salam everyone 😀 again i’m back after a loooonnnngggg break..as usual ahkak nak citer kisah jalan2 ahkak ngan family and kali ni we went to hk again 😛 but this time our journey started in Macau 🙂 well, biasanya mmg ramai yg bercuti ke hong komg akan lajak ke macau sekali. sbb macau-hk dekat jer uolls naik feri lebih kurang sejam. maybe some of u tanya kenapa weolls repeat HK lagi? actually x plan nk ke hk pon tp disebabkan trip ni makan masa 5 hari so agak bosan jugak kalo stay in macau sahaja spnjg 5 hari tu. maka datanglah kami melawat macau & HK sekaligus.

untuk tiket termasuk extra baggage, food, insurans and pick a seat, total utk kami 5 beranak RM1678.00. to me reasonable la harga mampu milik..ye lah nak angkut 5 beranak tuuu..

kami berangkat ke Macau pada 21 Mar 2014 dan flight kami berlepas jam 6.30 a.m. ini merupakan percutian kami yg pertama 5 beranak without my parents. agak nervous jugak memikirkan boleh ke kami nak handle budak2 ni. perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam 45minit dan tiada perbezaan waktu di antara Malaysia dan Macau.

kami sampai di macau pada jam 10.15 a.m di Macau International Airport dan airportnya tak besar so uolls takyah risau tersesat ke apa. perghh..mula2 sampai sejuk giler…pkai cardigan pon x membantu. tp en asben suka sangat la sejuk2 ni..skit pon x heran nak pkai sweater ke apa mula2 tu. haihh kulit buaya ke apa laki aku ni hah..tapi, staf imigresen Macau adalah sangat x friendly sama macam kt HK. mmg kuang ajar rasa nak lempang je muka sekor2..huhuhu tetiba i jd garang. tak tau lah diorang ni bertambah teruk after kes MH370 atau mmg sejak azali lagi perangai mcm tuh. takpe abaikan..

P1100603

amboi hepinya anak mama nih..tgok mama kat belakang tuh sibuk ngan tepon sbb dpt wifi free lah katakan..haruslah update location kan? kat airport Macau kita boleh dpt free wifi..so better uolls update family kat msia siap2 kat sini sbb after this x tau bila dah nk dpt wifi 😀

P1100608

hehehe masing2 dah bersweater 😛

P1100609

ni view dari dalam bas..otw nak ke galaxy macau sblm nak naik feri ke HK. dari macau, kami terus ke HK so mmg tak jalan mana2 lagi di Macau masa first day sampai nih.

terminal ferry ada jer dekat dgn airport and uolls boleh je jalan kaki ke sana. gigih sikit lah nak heret beg besar tu tp tak terasa letih disebabkan cuaca yg nyaman & sejuk. kitorang dah berjalan kaki asalnya tp bila smpai, schedule next ferry pukul 6pm.. lama tu nak tggu. sib baik staf kat terminal tu tolong ajar kami untuk ke next terminal ferry yang terletak di  belah Macau Peninsula. kami naik turbojet dan harga tiket HKD 147 utk adult and HKD 132 utk child. tapi ahkak nak warning kat uolls..it was really a terrible experience for us..bwk boat mcm haram..redah je ombak2 tu sampai melantun2..kalo org jenis senang tido takpe. pastu org start muntah secara berjemaah..walawei,,it was the longest 1 hour i had to go through ever 😦

P1100624

 dah sampai HK! yeay happy 😛  weolls check in kat hotel best western grand hotel. rate utk 2 malam HKD 2,244.00. bilik macam biasa amat sempit. double bed without breakfast. mmg muat2 bontot je tapi cantik interior dia sebenarnya cuma nak sembahyang pon agak  susah. location wise agak jauh dgn tempat2 menarik kat sekitar Kowloon / Tsim Sha Tsui.

P1100626

hihihi pandangan dari bilik hotel..gila x best 😛

utk first day ni kami x jalan mana2 sangat cuma tgh study area kowloon/tst ni and plan utk jalan ke mana utk hari esok. plan asal nak gi Avenue of Stars dan nak tgok symphony of lights tapi bila try jalan2 dari hotel mcm x sama tempat dia masa aku dtg HK 2 minggu lepas waktu outstation. so dgn kondisi 3 anak kecik so mmg tak teruskan niat lah nak pi sana sbb rasanya mcm jauh je nak kena menapak. fokus utama sekarang nak cari tempat makan. tips kat HK, pi cari masjid dulu dan once jumpa masjid pasti akan ada org approach kita nak bawak ke restoran halal. sama lah kes kami..kami tercongok kat depan masjid kowloon..jap lagi datanglah org pakistan or indian promote restoran diorang dan diorang akan bawak kita ke sana.

2014-03-21 19.27.46

2014-03-21 19.28.22

cantik restoran ni and nampak exclusive. macam biasa kitorang order nasi briyani ayam dan roti prata. makan kenyang2 sbb balik nak menapak lagi balik hotel. jauh gak bejalan rasanya dalam 20 minit kot ambil masa tapi sib baik cuaca sejuk. harga utk sekali makan ni dalam HKD 383. memang mahal tapi nak buat camane..adatlah dtg berjalan mmg kena spend byk untuk mknn halal. nama restaurant ni India Restaurant & Bar, dekat Prat Avenue. landmark: dekat dengan masjid Kowloon.

ok..xde apa dah nak citer utk 1st day ni so layan je la pics kitorang otw balik ke hotel ..best tau jalan2 kat HK..cuaca sejuk bangatt..sure korang suka.

P1100630

P1100635

P1100640

P1100648

P1100649

P1100631

sampai hotel fenattt yg amat..so haruslah tido sbb besok kami akan pi ke Disneyland!! hahaha again to Disneyland 😀